4 tahun berlalu….2000ceramah……www.wirid.com
Alhamdulillah.
Dlm bulan sya’ban 1432 ,website kami www.wirid.com sudah pun berumur 4 tahun.
Dengan peliharaan ALLAH swt, banyak urusan2 kami dapat di sempurnakan dgn baik.
Kami ingin mengucapkan terima kasih pada semua yg terlibat dalam pengurusan www.wirid.com
Terutama sekali pada ’sifu’ IT hamba dan bertindak sebagai ‘webmaster’ dan penaja www.wirid.com ia itu encik Nizzan Aziz .
Juga pada para azatizah yg tlhmemberi keizinan dan menyumbang ceramah ,pihak2 masjid yg tlh mengongsi rakaman ceramah dan individual saperti encik Jalal,encik Hussein,encik Rahim,puan Sarah,Ustaz Taufiq dan cikgu Mak Som.
Juga tak lupa pada Ustaz Dyn Norahim yg tlh memilih rakaman2 ceramah kami utk di udarakan di Warna (firman dan Sabda).
Semoga ALLAHswt memberikan mereka semua serta keluarga mereka ganjaran pahala yg sebaik2nya di dunia dan akhirat dan menambah rezeki mereka (yg halal dan baik) sebanyak2nya di dunia dan akhirat. Amiin.
Juga pada guru (kuliah Maghrib) hamba yg sangat di kasihi ia itu almarhum Ustaz Syed Abdillah Ahmad Aljufri, semoga ALLAH swt merahmati rohnya dan ditempatkan rohnya di antara para nabinabiin dan para shalihin. Amiin.
Secara jujur, perjalanan (sebagai seorang salik) kami masih jauh.
Masih belum layak bagi kami utk mendapat syurga ALLAH swt.
Matlamat kami bukan utk mendapat syurga tapi utk keredhaan ALLAH swt.
Begitulah doa dan cita2 Rabiatul Adawiyah ra.
Saperti Dr Mahathir kata:’Orang Melayu mudah dan lekas lupa’.
Begitulah kami, seringkali lupa akan nikmat2 yg di anugerah ALLAH swt.
Harapan dan doa hamba agar hamba di hindari dan di lindungi ALLAH swt dari mempunyai dan menunjuk sifat ‘lebih hebat,lebih baik,lebih alim dll dari orang lain ‘ saperti kaum Banu Asad bin Khuzamah .(surah al Hujuraat ayat 17)
Harapan dan doa kami juga,agar perjalanan kami sentiasa di dlm ‘wilayah’ dan lindungan ALLAH swt.
Amiin.
Juga harapan kami agar pihak2 masjid dan badan2 islam memanfaatkan teknologi IT terkini dan alat2 canggih terkini,media2 semasa sebagai “tool” utk platform dakwah mereka.
Sebagai contoh: Masjid al Mawaddah yg memulakan program kuliah fiqh live on line melalui website mereka setiap hari Khamis dan juga Ustaz TM Fouzy yg mengudarakan kuliah2nya secara live melalui websitenya dan mamanfaatkan platform YOUTUBE.
Maka hamba syorkan agar setiap clusters masjid mengerjakan seorang IT officer utk mengurus perkara yg berkaitan dgn teknologi IT. Kalau ada sukarelawan lagi baik.
Masih ramai tenaga2 masjid yg kurang mahir dlm kegunaaan maklumat IT.
Banyak sekali manfaat maklumat IT sekiranya kita tahu kegunaan nya.
Sempena tema Ramadan tahun 1432:’Kembali pada alQuran’,mari lah kita mengaji dan mengkaji ayat al Quran yg pertama di turunkan.
Mari kita bukan sahja mahir dlm ilmu ukhrawi tapi mengambil manfaat dari ilmu duniawi terutamasekali ilmu maklumat IT.
Ramai yg menghadiri kursus2 yg berkaitan dgn bagaimana cara berniaga dlm Internet.
Berpulohan wang di belanja utk mendapat kemahiran dan keuntungan dari perniagaan ONLINE.
Pada hal ,perniagaan dgn ALLAH melalui berdakwah menggunakan Platform2 di Internet ia lah perniagaan yg sebaik2 dan sangat beruntung di dunia.
Siapa sangka, negeri Cina membuat 50GB/per mth download atau lebih kurang 200ceramah(download) setiap hari dari www.wirid.com.
MasyaALLAH.
Renung2 lah.
Hamba mengakhiri dgn astaghfirullah ‘azhiim dan ribuan maaf atas kesalahan atau kekurangan yg ada dlm bicara hamba di atas.
Yang Benar pasti dari ALLAH swt. Yg salah dari kebodohan dan kelemahan hamba.
Yg benar, hamba wirid @ www.wirid.com
NB* Hamba masih belum layak utk menggunakan perkataan hamba ALLAH.Perjalanan masih jauh ke derajat hamba ALLAH.
(Fadzakkir Innamaa Anta Mudzakkir)
14hb Sya’ban 1432/jul15/2011 jumaat.