Archive for the ‘Ceramah Umum’ Category

1262:Ustaz Jamaluddin A.Wahab mar0710

Sunday, March 7th, 2010

Kuliah Ahad subuh bulanan (minggu pertama sahaja) di Masjid Ghufran dgn tajuk

‘ Wasiat Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam kpd sahabat Muadz bin Jabal ra. sebelum berangkat ke Yemen.”-

1: Sentiasa bertaqwa kpd ALLAH swt 2:Sentiasa berakhlaq mulia dan baik dgn sesiapa sahaja.

bersamaan21hbrabiul1431

 
icon for podpress  wasiat rasulullah saw pada muadz jabal [36:23m]: Play Now | Play in Popup | Download

1244:Ustaz Jamaluddin A.Wahab feb2510

Thursday, February 25th, 2010

Tadzkirah Maulid Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam di Masjid Ghufran dgn tajuk-Memperbarui etika kecintaan kita pada Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam.

 
icon for podpress  melahircintasebenarpdnabi [32:25m]: Play Now | Play in Popup | Download

Info: Sifat dan Peribadi Nabi Muhammad saw.(ceramah islam)

Tuesday, February 23rd, 2010

Diriwayatkan oleh At-Turmudzi dlm Asy Ayamaa-il dgn isnadnya dari Hindun bin Abi Haalah r.a. ia berkata……

Adalah Rasulullah saw orang besar yg di besarkan, mukanya bercahaya saperti bulan malam empat belas (bulan purnama), lebih tinggi dari sedang dan lebih pendek dari pada sangat tinggi, kepalanya besar,rambutnya tersisir, jika rambutnys di belah, terbelahlan, (separoh kekanan dan separoh lagi kekiri), dan jika tidak, maka panjang rambutnya tidaklah melebihi daun telinganya .

Terang cahaya air mukanya, luas dahinya, tipis dan sempurna keningnya (rambut kedua keningnya ) dan tidak bersambung (tetapi hampir kelihatan bersambung), di antaranya keduanya, keringatnya berseri-seri dan mengalir di waktu marah.

Mancung hidungnya , padanya ada cahaya , orang yg memperhatikannya menyangka bahwa hidungnya tinggi, tebal janggutnya, tidak cekung pipinya, luas mulutnya, terbelah-belah giginya , halus rambut dadanya, lehernya seakan-akan leher gambar yg  berukir perak, jernih dan berkilat,  lurus gemuk bentuk tubuhnya dan lekat, rata perut dgn dadanya, jauh antara kedua bahunya, besar tulang-tulang kepalanya, seluruh tubuhnya kelihatan terang, antara dada dan pusatnya di persambungkan oleh rambut yang panjang laksana suatu garis lurus, tidak berambut kedua susunya dan perutnya, selain dari rambut yg lurus dari tengorokan kepusatnya.

Kedua hastanya banyak mempunyai rambut, dan kedua bahunya dan dadanya, tulang hastanya panjang, telapak kakinya luas uratnya lurus, kedua telapak tangan dan kakinya tebal, panjang dan lebar ujungnya, lekuk kedua telapak kakinya rata dan kedua-duanya halus, jauh air dari kedua-duanya (air lekas hilang dari kedua telapak kakinya jika di basuh).

Tegap jalannya , condong dan lurus kemuka,dia berjalan lemah lembut dan cepat, dan bila dia berjalan seolah -olah dia menurun (kerana cepat dan tegapnya), dan bila dia berpalinglah, maka berpalingnya seluruh tubuhnya, dia menundukan pandangan matanya, melihat kearah bumi (bawah) lebih lama dari melihat keatas, ketajaman pandangan matanya sekerlip (sekejap) mata, dia suka berjalan di belakang sahabatnya, dan suka pula mendahulukan salam kepada orang yang menjumpainya.


NB:di salin dari kitab Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam oleh K.H. Moenawar Chalil (buku ketujuh ms212)

info/Ceramah islam @www.wirid.com sempena Maulid Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam

1236:Ustaz Abdul Aziz Mohamed feb1710

Wednesday, February 17th, 2010

Kuliah maghrib (tafsir) di Ghufran -Tafsir surah Nuh as bersamaan 4rabiul awal 1431.

 
icon for podpress  tafsirsurahnuhas [37:49m]: Play Now | Play in Popup | Download

1235:Ustaz Abdul Aziz Mohamed feb1410

Sunday, February 14th, 2010

Kuliah subuh ahad (Bulanan-minggu kedua sahaja) di Masjid Alkaff Kampong Melayu dgn Kitab Laa Tahzan bab41-Jgn bersedih dgn sesuatu yg ada qadak dan qadarnya- bersamaan 29safar 1431.

Amalan supaya rumahtangga di barakati oleh ALLAH swt.- 1:sentiasa memberi salam 2: selalu makan bersama keluarga 3: menghiasi rumah dgn ibadah2 sunat dan membaca Al Quran 4:menjemput/menyambut tetamu2.

 
icon for podpress  laatahzanrumahtanggabarakah [49:22m]: Play Now | Play in Popup | Download

1200:Ustaz Drs Ahmad Dahri jan2310 syarahan

Saturday, January 23rd, 2010

Syarahan /ceramah islam @Masjid An Naeem @8hb safar 1431 sabtu (9mlm) dgn tajuk -Masih perlukan kita berhijrah?

Rumusan:PERLUNYA BERHIJRAH
1:pertahankan agama
2:mengukur tahap keimanan
3:merancangkan masa depan
4:mengerap nilai persaudaraan
5:bebas berdakwah

 
icon for podpress  masih perlu berhijrah? [63:55m]: Play Now | Play in Popup | Download

1189:Ust Ahmad Dahri,Ustzh Nurhairiah jan1610

Saturday, January 16th, 2010

Forum_Membina Keamanan melalui keimanan @Masjid Mydin dgn ahli panelis Ustaz Drs Ahmad Dahri dan Ustazah Nurhairiah Jumat dan Moderator Ustaz Sofian Yadi.(bersamaan 1hb safar 1431.)

Maaf r tidak dapat rakam forum dgn penuh kerana memory(recorder) dah full.

 
icon for podpress  membina keamanan melalui keimanan [81:13m]: Play Now | Play in Popup | Download

1179:Ustaz Abdul Aziz Mohammed jan1010(1179)

Sunday, January 10th, 2010

Kuliah Ahad subuh @Masjid Alkaff KM dgn tajuk -’ Jangan Bersedih (laa tahzan)’ bab67 bersamaan 24hb muharram 1431- Bulanan-minggu kedua setiap bulan.

Kitab Rujukan -Laa Tahzan (jangan bersedih) oleh Dr. ‘Aidu ibn Abdullah Al Qarni.

 
icon for podpress  laatahzanbab67p [70:36m]: Play Now | Play in Popup | Download

1157:Ustaz Jamaluddin A.Wahab dec2709

Sunday, December 27th, 2009

Kuliah subuh ahad@10hb muharram1431 - Menjawab soalan berkaitan dgn Hari Asyura (10 muharram ).

*Menghadhiri majlis walimah atau berpuasa (Hari Asyura), mana yg di utamakan?

 
icon for podpress  kulaih subuh bab hari asyura [43:39m]: Play Now | Play in Popup | Download

1a:Takbir Raya

Friday, November 27th, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua muslimin dan muslimat..

Semoga semua pengorbanan (rohani dan jasmani ) di terima ALLAH swt dan di beri ganjaran yg sebaik2nya di dunia dan akhirat.

Semoga semua doa2 di makbulkan ALLAH swt. Amiin.

 
icon for podpress  takbir Raya [26:48m]: Play Now | Play in Popup | Download