Archive for February, 2010

1241:Ustaz TM Fouzy feb2310(ceramah islam)

Tuesday, February 23rd, 2010

Selasa Maghrib @ Mydin -Siyarus Salikin juz04 (Syeikh Abdus Samad al Jawi al Palembani) ms82-Ubat membawa khauf pada ALLAH swt.(bersamaan 10rbawal1431)

 
icon for podpress  slkn04ms82obatbawakhauf [47:22m]: Play Now | Play in Popup | Download

Info: Sifat dan Peribadi Nabi Muhammad saw.(ceramah islam)

Tuesday, February 23rd, 2010

Diriwayatkan oleh At-Turmudzi dlm Asy Ayamaa-il dgn isnadnya dari Hindun bin Abi Haalah r.a. ia berkata……

Adalah Rasulullah saw orang besar yg di besarkan, mukanya bercahaya saperti bulan malam empat belas (bulan purnama), lebih tinggi dari sedang dan lebih pendek dari pada sangat tinggi, kepalanya besar,rambutnya tersisir, jika rambutnys di belah, terbelahlan, (separoh kekanan dan separoh lagi kekiri), dan jika tidak, maka panjang rambutnya tidaklah melebihi daun telinganya .

Terang cahaya air mukanya, luas dahinya, tipis dan sempurna keningnya (rambut kedua keningnya ) dan tidak bersambung (tetapi hampir kelihatan bersambung), di antaranya keduanya, keringatnya berseri-seri dan mengalir di waktu marah.

Mancung hidungnya , padanya ada cahaya , orang yg memperhatikannya menyangka bahwa hidungnya tinggi, tebal janggutnya, tidak cekung pipinya, luas mulutnya, terbelah-belah giginya , halus rambut dadanya, lehernya seakan-akan leher gambar yg  berukir perak, jernih dan berkilat,  lurus gemuk bentuk tubuhnya dan lekat, rata perut dgn dadanya, jauh antara kedua bahunya, besar tulang-tulang kepalanya, seluruh tubuhnya kelihatan terang, antara dada dan pusatnya di persambungkan oleh rambut yang panjang laksana suatu garis lurus, tidak berambut kedua susunya dan perutnya, selain dari rambut yg lurus dari tengorokan kepusatnya.

Kedua hastanya banyak mempunyai rambut, dan kedua bahunya dan dadanya, tulang hastanya panjang, telapak kakinya luas uratnya lurus, kedua telapak tangan dan kakinya tebal, panjang dan lebar ujungnya, lekuk kedua telapak kakinya rata dan kedua-duanya halus, jauh air dari kedua-duanya (air lekas hilang dari kedua telapak kakinya jika di basuh).

Tegap jalannya , condong dan lurus kemuka,dia berjalan lemah lembut dan cepat, dan bila dia berjalan seolah -olah dia menurun (kerana cepat dan tegapnya), dan bila dia berpalinglah, maka berpalingnya seluruh tubuhnya, dia menundukan pandangan matanya, melihat kearah bumi (bawah) lebih lama dari melihat keatas, ketajaman pandangan matanya sekerlip (sekejap) mata, dia suka berjalan di belakang sahabatnya, dan suka pula mendahulukan salam kepada orang yang menjumpainya.


NB:di salin dari kitab Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam oleh K.H. Moenawar Chalil (buku ketujuh ms212)

info/Ceramah islam @www.wirid.com sempena Maulid Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W(ceramah islam)

Tuesday, February 23rd, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

info/Ceramah islam @www.wirid.com sempena Maulid Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam

1240:Ustaz Sallim Jasman feb2110/7rbawal1431

Sunday, February 21st, 2010

Ahad (bulanan-Minggu ketiga dan keempat sahaja-jam 10 pagi) @Masjid al Mawaddah (sengkang)-Wanita & Kekeluargaaan ms20-Kedudukan Muslimah dlm syariat Islam.


 
icon for podpress  wanitakekeluargaanms20kedudkanmuslimah [61:43m]: Play Now | Play in Popup | Download

1239:Ustaz Mohammad Rais feb2010/7rawal1431

Saturday, February 20th, 2010

Sabtu Maghrib @Ghufran-Bimbingan mengenal Tauhid dan Akidah(Mohammad Haji Rais) ms182-Mukjizat yg kekal-al Quran.

 
icon for podpress  tauhidms182mukjizatalquran [34:59m]: Play Now | Play in Popup | Download

1238:Ustaz Abdul Aziz Mohamed feb1910

Friday, February 19th, 2010

Jumaat Maghrib @Ghufran-”IMAN” (Dr. Muhammad Naim Yasin)ms290(buku baru ms269)-Iman bertambah dgn beramal dan berzikir.(bersamaan 6hbrbawal1431.

Ustaz Abdul Aziz mengambil alih kuliah kerana Ustaz Jamaluddin ada urusan kerja.

 
icon for podpress  iman-ms290tambahnyaiman dgn beramal [41:19m]: Play Now | Play in Popup | Download

1237:Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab feb1910

Friday, February 19th, 2010

Jumaat Dhuha(10pagi) @Ghufran -”Fiqh Sunnah”(Said Sabiq) ms424-solat witir-bab qadha.(bersamaan 5hb rawal1431 .

 
icon for podpress  fiqhsunnahms424solatwitir [77:05m]: Play Now | Play in Popup | Download

1236:Ustaz Abdul Aziz Mohamed feb1710

Wednesday, February 17th, 2010

Kuliah maghrib (tafsir) di Ghufran -Tafsir surah Nuh as bersamaan 4rabiul awal 1431.

 
icon for podpress  tafsirsurahnuhas [37:49m]: Play Now | Play in Popup | Download

1235:Ustaz Abdul Aziz Mohamed feb1410

Sunday, February 14th, 2010

Kuliah subuh ahad (Bulanan-minggu kedua sahaja) di Masjid Alkaff Kampong Melayu dgn Kitab Laa Tahzan bab41-Jgn bersedih dgn sesuatu yg ada qadak dan qadarnya- bersamaan 29safar 1431.

Amalan supaya rumahtangga di barakati oleh ALLAH swt.- 1:sentiasa memberi salam 2: selalu makan bersama keluarga 3: menghiasi rumah dgn ibadah2 sunat dan membaca Al Quran 4:menjemput/menyambut tetamu2.

 
icon for podpress  laatahzanrumahtanggabarakah [49:22m]: Play Now | Play in Popup | Download

1234:Ustaz Firdaus Yahya feb1310-ceramah islam

Saturday, February 13th, 2010

Syarahan ceramah islam @masjid Istighfar (Pasir Ris) bersamaan 29hb safar 1431sabtu dgn tajuk-Kewibawaan dan kecantikan Ahlaq nabi Muhammad saw.

Cara menzahir cinta kita pada Nabi Muhammad saw- 1:Berselawat atas Rasulullah saw 2: Mengikut sunnah Rasulullah saw 3: mempelajari sejarah( sirah) Rasulullah saw.

Ceramah islam di rakam www.wirid.com

 
icon for podpress  kewibawaan dan ahlaq Rasullullah saw [67:20m]: Play Now | Play in Popup | Download