Perhatian:Kehadhiran lelaman web www.wirid.com
Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim.
Segala pujipujian hanya utk ALLAH swt dan salam dan selawat atas junjungan nabi besar kita nabi Muhammad saw sekalian ahli keluarganya dan para sahabat2nya.
Kehadhiran lelaman web www.wirid.com
Assalamualaikum wrwb.,
Kpd saudara2 Islam yg di kasihi,
Semoga sentiasa dlm rahmat ALLAH swt dan sentiasa di berikan taufiq dan hidayahnya. Amiin.
Kami ingin mengumumkan kehadhiran lelaman www.wirid.com yg menyediakan rakaman2 audio oleh asatizah tempatan kita yg boleh di dengar secara ‘online’ atau di turun muat ke komputer atau ke ‘MP3 player’ secara percuma.
Kami ingin merakamkan jutaan terima kaseh atas jasa baik asatizah yg telah memberikan keizinan rakaman2 mereka di gunakan di www.wirid.com.
Asatizah yg saya hormati lagi segani:
1. Ustaz Azmi Abdul Samad,.
2. Ustaz Firdaus Yahya,
3. Ustaz Ghouse Khan Surattee,
4. Ustazah Habsah Senin,(keizinan melalui anaknya Ust. Firdaus Yahya)
5. Ustaz Jalaluddin Hassan,
6. Ustaz Jamaluddin Wahab,
7. Ustaz Mohammad Rais,
8. Ustaz Mohammed b. Ali
9. Ustaz TM Fouzy
Semoga ALLAH swt memberi mereka ganjaran pahala yg sebaik2nya di dunia dan di akhirat. Amiin.
Juga pada guru (kuliah Maghrib) saya yg sangat di kasehi ia itu almarhum Ustaz Syed Abdillah Ahmad Aljufri, semoga ALLAH swt merahmati rohnya dan ditempatkan rohnya di antara para nabinabiin dan para shalihin. Amiin.
Juga tak lupa pada ’sifu’ IT saya dan bertindak sebagai ‘webmaster’ dan penaja www.wirid.com ia itu encik Nizzan Aziz (pengurus Salsabil.biz ) yg telah mendidik saya secara percuma utk mengendalikan lelaman ini. Semoga ALLAH swt memberikan dia dan keluarganya ganjaran pahala yg sebaik2ya di dunia dan akhirat dan menambah rezekinya (yg halal dan baik) sebanyak2nya. Amiin.
Juga pada mereka yg secara tidak langsung terlibat ia itu abang saya Ahmad dan anaknya Azman(boy) yg membantu dlm promosi dan kegunaan ‘broadband’ dan adek saya ‘Cashburn’ (kegunaan ‘broadband) dan keluarga Haji Abdul Rahman Saad yg menghadiahkan sebuah set komputer dan kegunaan ‘broadband’. Semoga ALLAH swt memberikan mereka ganjaran pahala yg sebaik2nya di dunia dan akhirat dan menambah rezeki (yg halal lagi baik)mereka sebanyak2nya. Amiin.
Saya mengakhiri dgn astaghfirullah ‘azhiim dan ribuan maaf atas kesalahan atau kekurangan yg ada dlm lelaman web www.wirid.com
Yang Benar pasti dari ALLAH swt. Yg salah dari kebodohan dan kelemahan diri saya.
Yg benar, hamba www.wirid.com
(Fadzakkir Innamaa Anta Mudzakkir)
1hb Rejab 1428 isnin (16th July monday 2007 email: wiridcom@yahoo.com
Tags: ceramah islam